Assalamualaikum,
Salam sayang setinggi langit, angkuh separas bahu.
Untuk entri ini saya nak ambil kesempatan untuk ucap salam selamat kembara sepanjang Ramadhan ini. Semoga semua amal yang ihklas itu dinilai tuhan dan dibalas pahala akan usahanya. selesai yang formalis! Kita langsungkan kepada hal yang utama!
Ok, hari ini gua nak membebel mengenai budak budak zaman sekarang yang memandang enteng kepada nilai dan harga sekeping kertas di dalam sampul duit raya. Pengalaman gua sepanjang 4 tahun berkecimpung dalam arena pemberian duit raya ini. Gua lihat rata rata budak budak sekarang melihat RM2 itu sudah tidak relevan. Malah mereka sentiasa memandang sinis kepada gua kerana tahu gua memang akan bagi RM2 sahaja. ( dah tu mereka ingat gua keje Doktor? Pilot? Angkasawan? Pemenang Master Chef? ) Kandang kadang bila bersendiri di dalam toilet dan melawaskan ketupat dan rendang, gua menangis teresak esak mengenakkan perangai budak budak ini.
Lantas hari ini gua dengan gaya penuh diktatornya melampirkan satu ide yang gua rasa sangat bernas dan gua tak perlu pendapat sesapa untuk menongkatnya.( harharhar )
Korang pernah terfikir atau pun tendengar dialog dialog seperti :
pling...pliing...plingg.....(effect flash back)
“Hek eleeh, 2 hengget je?banyak ni nak beli ape je pun” Kata Adik Jeffri Aryan Makludi dengan nada eksyen.
”Haih, nak bagi berapa la agaknya duit raya tahun ini?” bisik Saipuddin Roslan ke telinga seekor kambing.
“ Alamak! lupa tukar duit untuk raya! ” kata Danish Merkisam pada malam raya, sama seperti tahun tahun yang sudah.
“ Erk, sebabkan abang sengkek, serdak biskut ini menjadi pengganti duit raya ya adik adik”
“ Eh, orang dah bekoje 4 5 tahun..takde bagi duit raya ke?” Sinis sekali sentences Mak Jemah pada anaknya.
“ Dalam banyak banyak rumah kami pergi, abang yang paling nipis isi sampul raya ”
“ Ala brader Faizol Zuraini Ishak, balik kampung naik honda, pakai iphone, spek Rayban, duit raya shengget je? ”
“ Suriani Ajmida!!....sampul yang ada RM50 nak bagi kat mak tu abang terbagi kat budak budak pulak! ”
“ Takkan nak bagi shingget je, tapi....baget takdelah pulak” Ujar Sarip sambil menyuap Menggi kembang ke mulutnya.
“ Aku takde duit! aku takde duit! Paham! Sudah, Nyah kau dari sini!” Tengkeng Jailani Jengjejeng pada budak lelaki itu.
ide yang gua dapat ini datangnya dari dalam mimpi. iaitu gua akan sumbat sampul raya gua tahun ini dengan sebentuk button badge!!.......sabar! sabar! Jangan bangkang lagi! dengar dulu! kerja nak membangkaaaang hajelah! dengar dulu perbentangan gua ini.
Begini, setelah menilai semula dan perbincangan dengan beberapa ahli veteran dalam bidang ini. Kami memutuskan bahawa bagi mereka mereka yang kaya dan mampu, atau yang tetap nak bagi RM2...bagi hajelah! sekarang ini kami menyediakan pilihan untuk menggantikan wang itu dengan sebijik button bagde. kerana apa? kerana :
1. Mengelakkan rasa malu kepada bebudak. ( tidak berkesan kepada individu yang memang dah tak malu )
2. Elak diperli oleh jiran jiran dan sanak saudara.
3. Kos untuk sebijik button badge lebih murah dari RM2
4. Produk boleh disimpan lebih lama dari duit.
5. Mengelakkan bebudak ini menggunakan duit itu untuk perkara tak molek seperti beli rokok batang/main game kuda menjadi tambang bus untuk ke tempat sosial, main snuker,dll. (harharhar)
6. Button ber conceptkan nasihat dan penuh daya pimpin, boleh menjadi peringatan dan pagar kesilapan untuk memotivasi diri sekaligus mengangkat martabat kaum muda sebagai kaum cendikiawan dan bijaksanan!
7. Tidak perlu beratur di bank untuk tukar duit di saat saat akhir.
8. Akan menjadi suatu kelainan yang sangat memeranjatkan di pagi hari raya.
9. Anda akan menjadi buah mulut jiran jiran atas ide genius tersebut
10. Memberi bisnes kepada saya! (harharhar)
jadi berlandaskan 10 alasan yang gua pikir sambil bersarapan di pagi jumaat ini, gua rasa selepas ini isu duit raya tidak akan menghantui diri gua lagi, dan gua menjemput rakan rakan pelanggan untuk bersama sama merealisasikan usaha murni ini! Templet templet design untuk concept ini akan di upload dalam sedikit masa lagi. Lagi harmoni dan best kalau rakan rakan pelanggan mencipta sendiri design nya untuk kepuasan hasil cipta yang jitu dan keras.....apa gua membebel ni. Ok, sudahlah. Gua mahu sambung kerja yang hakiki.
* Harga boleh tengok dalam blog juga, atau boleh hubungi kami untuk nikmati keasyikan harga yang lebih murah!
Salam Jumaat,
butangbajueinstein
Thursday, July 4, 2013
Wednesday, July 3, 2013
HARGA BUTTON BADGE DI BUTANG BAJU EINSTEIN
RAMAI YANG TANYA PADA KAMI, BOLEH MURAH LAGI TAK, TAK PE, BENDA BOLEH BAWAK BERBINCANG, HUBUNGI JER KAMI. 016 258 5758
PRODUK BARU DI BUTANG BAJU EINSTEIN
KAMI DI BUTANG BAJU EINSTEIN TELAH MEMBUAT 2 LAGI PRODUK, IAITU KEYCHAIN & FRIDGE MAGNET..APA TUNGGU LAGI, MARI ORDER DENGAN KAMI.
Subscribe to:
Posts (Atom)