D.I.Y

Hari ini, kami di butang baju einstein mahu menunjukkan cara membuat produk D.I.Y ( do it yourself ) menggunakan button badge sebagai motif utama. Benda ini punyalah senang dan shimpel hingga seekor ikan pun mampu melakukannya! yok cekedut bersama sama.

Langkah 1 : sediakan bahan bahan seperti yang berikut
                    1. Gunting
                    2. Double sided tape
                    3. Sebarang bentuk/jenis tali
                    4. Sebarang bentuk rod/kayu (macam yang kami guna adalah pvc pipe diameter 1"
                        (ingat,jangan sesekali guna rod pancing!)
                    5. Sebarang jenis fabrik mengikut size yang sesuai
                    6. Selonggok button badge seperti yang dalam gambar


Langkah 2 : Letakkan double sided tape pada hujung atas dan bawah rod


Langkah 3 : Letak juga double sided pada hujung sisi fabrik


Langkah 4 : Balut fabrik pada rod seperti yang dalam gambar ini akan menjadi bahagian bawah produk


Langkah 5 : Letak tali pada salah satu penjuru rod, seperti yang di dalam gambar


Langkah 6 :  Sama macam langkah 3


Langkah 7 : sama macam langkah 4, dan pastikan tuan tuan tak balut sekali talinya tu. Kalau dah       terbalut......yang pandai pandai pi balut tu pasai pa!! aduh, buka balik, buka balik!


Langkah 8 : Sehingga dilangkah ini, jika tuan tuan cerdik seperti sang kancil, maka hasilnya perlulah kelihatan seperti di atas, Ya, dia memang nampak lebih kurang sebentuk bunting( sila abaikan tangan kami yang montok dan chubby itu)


Langkah 9 : Susunkan button badge mengikut kesesuain. Macam kami, kami letak random sahaja.


Langkah 10 : Setelah mendapat susunan idaman, barulah dipasangkan button badge itu pada fabric. Di sini kami hendak pesan supaya tuan tuan berhati hati. Jangan sampai tercucuk kat tangan macam yang kami kena. Meraung raung kami kesakitan. Molek dimulakan dengan Bismillah dahulu.


Langkah 11 : Kalau tuan tuan hebat, maka sepatutnya hasil adalah seperti di atas.


Langkah 12 : Setelah siap, bolehlah tuan tuan tambah dan hiaskan bunting/ scroll atau apa sahaja yang tuan tuan rasa best untuk menamakannya.



Selepas itu, bolehlah tuan tuan cari mana mana paku dan displaykan seperti yang kami buat tu. Dengan bangganya kami menamakannya benda ini sebagai 'Bunting Tarikh Tarikh Yang Perlu di Ingat Supaya Bini Tuan Tuan Tidak Mencebik Mulut, Merajuk Seminggu Dan Tidak Memasak Kerana Sibuk Bermain Candy Crush' ........Jangan tanyalah kenapa nama dia panjang sangat! banyak tanya betullah tuan tuan ni. Maka selepas digantung bolehlah tuan tuan ajak sekalian jiran tetangga untuk bermegah megah atas hasilnya. Boleh juga pos dekat Facebook, Letak dekat Instagram dan letak dalam blog yang macam kami tengah buat ini.

p/s : Yang salah ejaan tu memang kami sengaja, barulah nampak rare dan confirm orang akan tahu yang kami buat sendiri! 

concept yang sama boleh digunakan juga untuk letak no.tel yang penting penting macam no telepon tong gas, kedai runcit, astro, atau no telepon skandel skandel...(kami dah tak boleh sebab kami dah kawen dan kami saaaaaayang kat bini kami) wow~

Maka sekian sahaja untuk kali ini, kami nak pergi layan solat kejap (haaa,nampak, soleh tak kami?). Semoga berjumpa lagi dengan kam, John Jambul di slot D.I.Y yang akan datang. Banyak lagi produk produk yang boleh dihasilkan menggunkan button badge kami ini.
........Apa?nak beli kat mana button badge yang cantik, menawan, berkualiti tinggi dan genius ini??
Aaiihh, dia boleh tanya?? Order lah dengan kami!!!!! adoi!

















No comments:

Post a Comment