Monday, December 30, 2013

NAJIB MARAH SEBAB HARGA TIDAK NAIK.



Salam,

Selepas beberapa ketika membuat bisnes, kami di butangbajueinstein menerima bermacam macam maklum balas dari pelanggan. Ada yang bikin kembang hidung, ada yang bikin kecut perut, ada yang bikin senyum, ada juga yang macam nak tumbuk balik muka mereka. Oleh hal yang demikian terdapat beberapa perkara yang kami timbulkan dalam mensyuarat. Salah satunya adalah ketahanan pin pada stok lama. Ada yang kata pin itu tidak tahan lama. Jadi! kami telah mengambil langkah pemulihan yang berkesan dengan mengambil stok baru. Dengan pin yang lebih meyakinkan. Semuanya lebih, kecuali harga...masih sama seperti harga lama. (nampak, kami lebih baik dari uncle najib).
Semoga dengan perubahan ini akan memaju, memantap, memuaskan, hati para pelanggan yang kami sayangi muah muah..sekaligus membuatkan anda semua mendambakannya setiap hari. Ingin kami jelaskan di sini, stok baru bersama pin yang baru ini walaupun kelihatan menawan dan lazat, ia tidak buleh dimakan. Jadi kalau ada anak kecil dirumah...jangan letak bersepah sepah.....(Maksud saya button badge ini, bukan anak anda) takut dikokaknya.

sekian, wassalamu.